I percaya tidak semua orang mampu menulis dengan baik. Sesetengah orang lahir dengan kelebihan sebagai penulis. Tetapi ada juga golongan kecil yang lahir dengan kelebihan membaca visual. Salah seorang yang tidak pandai menulis ni I lah tetapi Tuhan bagi kelebihan yang lainnya. I dan sebahagian kecil dari umat di bumi ini diberi kelebihan sebagai seorang anak seni, dimana kami menceriakan setiap kehidupan harian sesetengah orang dengan hasil seni tangan kami.
Dulu waktu awal-awal I nak masuk universiti ada juga dengar desas desus kata kalau ambik bidang seni ni tak de future, tak leh kaya, tak leh buat duit. Walaupun persepsi itu lama berlaku ianya masih juga ditanam diminda fikiran ibu bapa sekarang. Kalau sekarang kata anak nak masuk Art and Design, pasti orang pertama yang akan membantah niat itu ialah ibu bapa mereka. Kalau di Malaysia ni kerja jadi Doktor, Akauntan, Peguam, Arkitek ni kira kerja yang mulia dan tinggi.
Tapi bila di fikir-fikir balik, kalau lah kerja sebagai anak seni ni tak penting, macamana plak yer kita hari-hari menceritakan sesuatu yang cantik. Baju cantik, kereta cantik, rumah cantik, dan segala apa yang cantik.... Bukan ke itu sema datangnya dari pemikiran seorang seni? Jadi seni ni sebenarnya ada di setiap diri kita. Setiap manusia ada nilai seni cuma yang membezakan antara seseorang ialah sejauh mana mereka percaya bahawa seni ini sebenarnya penting dalam kerja dan hidup mereka.
Kita buat analogi lah sedikit. Ini pengalaman lama I dulu waktu berurusan dengan sebuah hospital di Melaka. Rakan baik saya ni ayahnya dimasukkan ke hospital kerana sakit pendarahan usus. Oleh kerana mereka ini dari kampung maka tidak lah mereka tau segala bahasa perubatan nih. So one day seorang doktor pakar nih memeriksa la ayah rakan ni. Dengan yakin doktor ini bercakap Bahasa Inggeris dan menceritakan segalanya di dalam bahasa perubatan. Dari jauh saya perhatikan saja pakcik nih terkumat kamit dengan muka yang agak lost. Kesian pun ada..... entah dia faham ke tak apa yang diucapkan pakar tu..
Jadi dalam hati saya pun bertanya, kalau kita jadi seorang doktor nih, apakah yang membuatkan kita menjadi seorang doktor yang berjaya? Adakah hanya kerana kita doktor pakar kita dikira berjaya? Atau doktor yang berjaya ini adalah seorang doktor yang mempunyai ilmu kedoktoran yang tinggi dan juga doktor yang mempunyai seni. Seni bercakap mungkin, seni berkomunikasi dan juga seni menilai sesuatu keadaan?
Maybe seni juga boleh dibincangkan di bidang kita masing-masing.... Tetapi yang penting kita gunakan lah seni yang kita ada untuk kebaikan sejagat. Kalau kita mempunyai seni menulis, gunakan lah untuk mendidik, menjana minda, memberi ilmu dan begitu juga seni yang lainnya.

Coming to my third year soon... and I am still here.... start to write something..... something that might change my life.. maybe this is an exercise for me to lebih rajin menulis.....